- Mengisi borang pendaftaran Muarasta.
- Tarikh penubuhan & alamat pertubuhan. -ditangguhkan-
- Susun atur carta organisasi Muarasta.
- Akaun bank pertubuhan.
- Pendaftaran SatuSuara.com -ditangguhkan-
- Gabungan kelab-kelab berkaitan dengan Muarasta.
- Takwim pertubuhan untuk tahun 2009.
Mesyuarat didahului dengan pengisian borang pendaftaran Muarasta yang baru. Untuk pengetahuan kalian, borang pendaftaran ini berbeza dengan borang yang diisi sewaktu "Second Dinner" di kediaman sahabat, Saiful Hifzuddeen. Borang yang lalu berbentuk Identification Form yang bersaiz kecil dan tidak sesuai untuk dijadikan borang pendaftaran. Oleh yang demikian, kepada sahabat-sahabat yang belum mengisi borang pendaftaran yang baru, anda bolehlah membuat permohonan secara emel daripada sahabat, PooChant (poochant@yahoo.com) atau mendapatkannya melalui pegawai-pegawai pemantau yang ada.
Sepertimana yang telah dibincangkan semasa mesyuarat tersebut, majoriti sidang telah bersepakat untuk menggunakan nama Muara Star sebagai nama penuh MUARASTA. Walaubagaimanapun, sidang masih belum menetapkan tarikh sebenar penubuhan Muarasta dan mencadangkan agar ianya diputuskan semasa mesyuarat selepas pertubuhan ini didaftarkan. Alamat surat-menyurat telah ditetapkan di alamat kediaman sahabat, Farhaan bin Den (PooChant).
Bagi pemilihan Ahli Majlis Tertinggi Muarasta yang pertama ini, seramai 15 orang dilantik untuk mengisi kekosongan yang ada. Sidang juga telah menetapkan iaitu tempoh memegang jawatan adalah selama 2 tahun untuk 1 penggal. Ini bagi memudahkan individu yang berkenaan dapat menyesuaikan diri dengan jawatan yang dipegang dan melakukan tugas dengan baik. Dan pada mesyuarat tersebut, carta organisasi Muarasta yang dilantik adalah seperti berikut:
Penasihat: -ditangguhkan-
Pengerusi: Mohamed Farhanuddean bin Ahmad Najib
P. Pemantau 1: Mohd. Nurul Akmal bin Mohd. Yusof
P. Pemantau 2: Mohd. Hafizuddin bin Hamzah
P. Pemantau 3: Mohd. Firdaus bin Aziz
T. Pengerusi: Salman bin Ismail
Setiausaha: Farhaan bin Den
N. Setiausaha: Mohd. Azwan bin Abd. Aziz
Bendahari: Mohd. Hazwan bin Hamzah
N. Bendahari: Mohd. Fareez bin Ma’zin
AJK Tertinggi:
1. Ibrahim bin Mohamad
2. Mohammed Faliq bin Abd. Latiff
3. Nabil Farhan bin Mohtar
4. Saiful Hifzuddeen bin Abd. Jalil
5. Mohd. Fauzee bin Mohammad
6. Onn Sofian bin Yahaya
Mengenai tajuk akaun bank pertubuhan, majoriti ahli memutuskan untuk menggunakan nama sahabat, Mohd. Fareez bin Ma'zin (Aryee) sebagai penama akaun bank Muarasta. Simpanan akan dibuat ke dalam Maybank yang akan dibuka oleh Aryee dalam masa terdekat ini. Mesyuarat oleh Biro Kewangan akan diadakan semasa majlis berbuka puasa akan datang bagi membincangkan kaedah-kaedah ahli Muarasta mendepositkan wang ke dalam akaun pertubuhan. Mesyuarat juga merangkumi perbincangan mengenai dana, faedah yang diperolehi, & draft kira-kira oleh Biro Kewangan.
Sahabat, Mohd. Firdaus bin Aziz (Pak Kos) telah membuka tajuk perbincangan mengenai hasrat beberapa kelab untuk bergabung bersama Muarasta. Antara yang memberi komitmen terhadap pertubuhan Muarasta adalah Maharani Clan, AllStar'Mc & Samba FC. Sehubungan dengan itu, Muarasta akan menghantar beberapa orang wakil untuk berbincang mengenai status pergabungan dan bentuk kerjasama yang akan dilakukan.
Takwim pertubuhan untuk tahun 2009 diteruskan dengan majlis berbuka puasa yang akan diadakan dalam bulan September. Segala informasi terkini akan diberitahu melalui 3 kaedah iaitu 1) sistem pesanan ringkas (SMS) oleh sahabat, PooChant; 2) notis di gerai burger Pak Kos & Pegawai-pegawai Pemantau; & 3) blog rasmi Muarasta. Semua ahli Muarasta hendaklah sentiasa mengemaskini nombor telefon anda bagi mengelakkan sebarang kegagalan untuk penyampaian maklumat.
Segala penangguhan akan dibawa untuk dibentangkan semasa mesyuarat akan datang. Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment